biz talk...

salam.

alhamdulillah, nureen baru sahaja habis final exam petang 2 hari lepas. baru semalam sampai ke kampung esok malam balik ke Melaka kembali...=(

kenapa?

pada pagi rabu nureen akan bertolak ke Cameron Highlands sebaik sahaja sampai di Melaka untuk menghadiri seminar "BIZ TALK"

pada seminar tersebut nureen akan didedahkan dengan dunia perniagaan oleh JCORP dan SME. nureen juga akan diajar bagaimana untuk membuat BUSINESS PLAN dengan betul serta bagaimana untuk memulakan perniagaan.

nureen akan menulis pengalaman dan ilmu yang bakal nureen peroleh kemudian.

sekian.

wassalam alaik....


cadangan buku perniagaan

baru2 ni nureen ada membeli buku
nota jutawan nota perniagaan


yg ditulis oleh irfan khairi. sbnrnya da lm nk beli tp hold dulu cz buku2nyer mhl skit. tp lps beli rs puas ati..

selain 2 gak nureen cdgnkn buku perniagaan siti khadijah....

ni buku pemberian drpd abg nureen ms hari lahir nureen, yg ke bp xingt lak...

bookstore

salam

terlalu lama nureen xupdate blog hubbulbusiness ini. kebelakangan ini nureen sedang berkira2 perniagaan apa yg ingin nureen majukan selepas tamat belajar nanti. setelah menanyakan pendapat beberapa kenalan serta ibu tercinta, nureen tertarik ingin menjalinkan perniagaan bookstore.

the next step nureen akan berbincang dengan salah seorang lecture nureen untuk mendapatkan pendedahan dan pendapat serta idea daripada beliau.

selain itu juga nureen sedang mengkaji bank manakah pilihan terbaik untuk nureen membuat loan pada masa akan datang.

nureen amat mengalu-alukan pendapat, idea mahupun kritikan daripada kalian.

sekian

nureen2205
15012010
2219

Mengapa Orang Yahudi Bijak?

Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi bijak? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

" ...sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami... "




Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya, pemilik & pengeluar rokok terbesar adalah.... (tekalah sendiri..!)

Pemerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka, bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) dengan itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza dari segi IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.




Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Disini murid-murid diberi penekanan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan universiti. Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus-ratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.



Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gene bodoh akan mengikuti generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negara Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sahaja di Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts!!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai Bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Pharaoh (firaun) hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri pada cucu saya, setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Pengalaman bekerja Rasulullah

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

www.iluvislam.com

Karektor Kerja Berdasar Horoskop

Adakalanya karektor seseorang individu berkait rapat dengan zodiaknya. Kali ini jom kita tinjau zodiak dan apa pula karektor kerja seseorang itu. Apakah ianya menepati tinjauan kami?

Pekerja Aries
Pekerja yang berzodiak Aries tidak sukakan pekerjaan yang memerlukan mereka melakukan pekerjaan yang sama sepanjang masa. Cepat jemu dan terasa seolah-olah kreativiti mereka terbatas. Selain itu, gaji bukan penarik minat utama mereka menceburi sesuatu kerjaya. Yang penting kepuasan kerja dan prospek kerja yang luas bagi membolehkan mereka meningkatkan keupayaan diri. Mereka juga sukakan pekerjaan yang boleh mencabar keupayaan mereka. Untuk membuatkan si aries ini gembira, berikan kepercayaan kepada mereka untuk membantu apa yang perlu terutamanya menunjuk ajar pekerja yang kurang mahir. Mereka memang suka bab macam tu!

Pekerja Taurus
Bukan nak mengampu, tapi sememangnya Taurus adalah seorang pekerja yang baik! Mereka sangat setia, kuat kerja dan tak suka 'kipas mengipas' ni. Mereka bekerja ikut peraturan dan akan sedaya upaya melakukan kerja yang diberikan itu hingga selesai. Cuma mereka ni memang agak 'lembab' sikit dan suka buat kerja 'last minute'! Pun begitu, mereka sentiasa inginkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang lain untuk melakukan yang terbaik. Tapi usah cuba nak memperalatkan mereka, buruk padahnya nanti! Untuk menggembirakan Taurus, serahkan projek yang benar-benar menepati keupayaan mereka.

Pekerja Gemini
Mereka ini gemar berkongsi idea dengan teman setugas yang lain. Tak kedekut ilmu beb! Tapi dalam masa yang sama mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada satu kerja saja dalam tempoh yang lama. Selain itu, mereka ini suka benar mengambil tahu soal orang lain jadi tak hairanlah mereka ni boleh menjadi 'ratu gosip'. Mood dan produktiviti mereka sering berubah ubah dan saling berkaitan. Pekerjaan yang sesuai adalah pekerjaan yang membolehkan mereka menjelajah ke banyak tempat.

Pekerja Cancer
Bagi mereka, pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan. Mereka ini juga boleh diharap dan sentiasa bersedia membantu di saat diperlukan. Usah bimbang mereka ini bukan termasuk di dalam orang-orang yang berlumba untuk mendapatkan kuasa. Bagi mereka, pekerjaan penting bagi menjamin kehidupan yang selesa. Persekitaran kerja amat mempengaruhi mereka. Tentu kamu akan disukai jika bersikap peramah.

Pekerja Leo
Wah! Si Leo rupanya ingin diri mereka menjadi perhatian utama di tempat kerja. Biarpun mereka tidak boleh memimpin tapi mereka akan cuba mencari jalan untuk meningkatkan status mereka di mata teman-teman sepejabat. Usah cuba nak komen, pasti tak diterima mereka! Namun mereka gemar memberi nasihat kepada orang lain. Untuk 'mengawal' mereka ini, senang saja. Berikan mereka lebih tanggungjawab agar mereka rasakan diri mereka itu orang penting! Tapi berwaspadalah kamu. Silap haribulan, kerja kamu pula dirampasnya!

Pekerja Virgo
Jika kena gayanya, mereka mampu bekerja dengan rajin. Mereka tak kisah jika terpaksa bekerja malam semata-mata untuk memastikan segala kerja berjalan lancar. Sememangnya kejujuran kunci utama mereka dalam bekerja. Tapi mereka ini mudah sangat mengkritik jika ada yang silap pada pandangan mata mereka. Mereka sanggup melakukan pelbagai kajian sebelum memulakan sesuatu tugasan yang diberikan bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang diperlukan. Mereka tak perlu diampu, cukuplah jika mereka merasakan kerja mereka dihargai.

Pekerja Libra
Ramai teman sekerja yang beranggapan bahawa mereka ini terlalu sensitif dan sukar bekerjasama. Keupayaan mereka juga berubah-ubah. Satu hari mereka kelihatan bertenaga dan mampu bekerja cemerlang dan di hari yang lain pula mereka bersikap sebaliknya. Namun sekiranya mereka mampu mengawal mood mereka yang tak seimbang itu, tak mustahil mereka boleh naik pangkat! Walau bagaimanapun, jangan cuba nak memerintah mereka lebih-lebih pula!

Pekerja Scorpio
Ternyata mereka ini mampu berdikari dan mengharapkan pertolongan daripada orang lain sangat. Segalanya bisa diatur! Yang bagusnya, mereka tak pernah campur adukkan soal kerja dan peribadi. Mereka tak takut untuk menyuarakan pendapat sekiranya merasakan ada yang tak kena. Berani kerana benar! Tak kira yang buat salah itu orang atasan atau teman sejawat! Mereka juga akan melayan orang lain seperti orang lain melayan mereka. Bermakna, kalau orang baik dengan mereka, begitu juga dengan mereka. Kalau tak, maaf sajalah!

Pekerja Sagitarius
Mereka ini berkeyakinan, ceria dan bersedia membantu dalam pekerjaan. Apa jua yang diserahkan kepada mereka pasti akan dilakukan sebaik mungkin. Tak ada masalah! Pun begitu, usah perlekehkan mereka kerana itu adalah kepantangan bagi mereka! Jangan cuba main-main!

Pekerja Aquarius
Sukar untuk bertolak ansur dengan mereka. Bukan apa,mereka asyik ingin lakukan yang terbaik. Mereka juga bercita-cita tinggi. Untuk mengembirakan mereka, beri peluang kepada mereka untuk meluaskan pengetahuan dan skil kerja mereka.

Pekerja Capricorn
Mereka gembira bila merasakan diri mereka diperlukan untuk menjayakan sebarang kerja. Mereka juga akan sentiasa cuba untuk meningkatkan daya usaha mereka. Pun begitu, mereka bukanlah seorang yang suka memaksa. Apabila mengenalpasti matlamat, pasti mereka akan berusaha untuk mencapai segala yang diimpikan itu. Namun mereka bukanlah bekerja secara sukarela saja. Jika dirasakan kerja yang dilakukan berbaloi, bermakna gaji yang diberikan juga harus berbaloi!

Pekerja Pisces
Mereka boleh menjadi seorang pekerja yang taat dan kerja kuat. Sekiranya ada yang tak kena di dalam pejabat, pasti merekalah yang mula-mula mendapat tahu. Mungkin sebab terlalu prihatin kot!Mereka gemar melakukan sesuatu yang dianggap berbaloi untuk dilakukan!

SUIT URSELF..BETUL TAK BETUL..INI SATU KAJIAN...

my dream is mybusiness

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, blog ini berjaya ditubuhkan. blog kedua nureen ini adlh khas utk memudahkan perniagaanku..sesuai dgn jurusan yg nureen ambil iaitu SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) (PERNIAGAAN ANTARABANGSA)PENGURUSAN PERNIAGAAN.

sblm ini pn nureen sdh pn tlbt dlm business kecil2 slm 2 thn. skrg stlh bpndh tmpt bljr nureen msh ingin menerusknny n msh tcari2 business ape yg sesuai.disamping itu nureen ttp meneruskn business yg sedia ada.

nureen tlh pn mempnyai beberapa cdgn business...nureen jg hrp kalian turut mberi cdgn kt nureen. nureen ingin juga melakukan online business.tp msh dlm perancangan brg ape yg sesuai.

nureen hrp kalian sudi berkongsi idea.

wassalam